perjalanan dari bukit jalil ke pwtc memakan masa dalam err entah laa aku tak ingat . pukul 9.00 aku dan athirah dengan lawa2nya tunggu marlina and nabilah dekat lrt bukit jalil . ok kitorang ingat nak tunggu nisya . time pukul 8.30 cmtu dia kata nak mandi da . so kitorang pun nak tunggu laaa . dalam pukul 9.30 dia tak datang2 lagi . nak gerak dulu kesian pulak dia sorang2 . ok tunggu laa . tup2 pukul 9.45 dia kata belum siap lagi na makan la ape laa . ok aku dan kawan2 aku yang lain gerak dulu . ingat nak tunggu dekat pwtc laa .
mula2 aku jalan dengan muaz . lepastu entah macam mana aku dengan dia macam tak berapa ok . time tu aku dekat sasbadi tengah pilih2 buku . hati aku tak tenang . gelisah fikirkan dia sorang2 . aku cepat2 ambil buku and bayar . even orang ramai aku hope sangat makcik tu cepat laa buat kerja .
then lepas habis aku keluar cepat2 tengok dia takde . aku takut . dia da tinggalkan aku ke ? tapi ternyata anggapan aku salah . dia masih menunggu aku . terima kasih papa <3 aku dan dia pun jalan bersama dan time tu memang sweet sangat . HAHA . aku suka !
aku dengan dia jalan2 cari mak dia . kalau boleh aku taknak jumpa mak dia . aku takut . aku nervous .
sekian lama mencari akhirnya ku temui juaa . mak dia lawaa . sumpah aku rasa nervous gilaa . mula la sakit perut aku datang . nak pergi tandassss ! ok aku tahan .
" kalau mama buat macam nie , nampak macam mama tak respect tau "
err ok seriously aku takut gilaa bila dengar dia keluarkan perkataan macam tu . aku tau tak patut aku lari2 .
saatnya sudah tiba . buat pertama kalinya aku berhadapan dengan seorang wanita iaitu ibu kepada jejaka pilihan hati , muaz . hehe ayat :P pada mulanya , umi dia tidak tersenyum . mukanya tiada reaksi . aku takut . aku capai tangannya dan menyalami tangannya . aku tersenyum seikhlas mungkin . andd yee aku mendapat balasan senyuman daripada umi dia . kami tak banyak bercakap cumaa ada nasihat yang umi dia bagi dekat aku . apa nasihatnyaa ? hehe ade laa . segan2 (:
lepastu aku pergi teman muaz cari buku dia . aku amat amatlah terkejut apabila terjumpa dengan F . aku tahu dia nampak aku tapi dia tak tegur aku . dan aku pulak tak mengharapkan yg dia akan tegur aku dan aku taknak pun tegur dia . aku tau segala gerak geri aku diperhatikan dan aku cukup tidak selesa . ok then aku cepat2 keluar dari situ .
then muaz nak balik daa . ok aku sedih sangat . tapi takpe la kan . aku teman dia sampai keluar . lepastu aku pergi ke karangkraf dan jalan dengan kawan2 aku . aku dan athirah pergi ke gempak starz . sumpah sesak gilaa dan aku terpaksa bergesel dengan ramai orang . memang tak boleh bayangkan kan ? selama satu jam setengah aku berdiri dan bertolak2 dan berhimpit2 dengan orang . bagai jatuh ditimpa tangga , aku tersadung lalu terjatuh . lepastu ade pulak orang pijak kaki . aduhhhhhhhhhh sakit gila kut . anak gajah ke bapak gajah nie ?
aku penat sangat . aku terasa kejang seluruh badan . aku rasa nak pengsan tapi aku bertahan . nanti siapa nak angkat aku . kalau ringan takpe jugak kan . aku nak tunggu nisya . nak balik sama2 sebab mak dia mengamuk dia pergi sorang2 . sampaikan mak aku pun da marah dengan aku . dia kata aku tak tunggu nisya . padahal aku ingat dia pergi beli buku tak abis lagi . aku dengan kawan2 aku tunggu dia dekat the mall . hampir 2 jam . pukul 4 aku call nisya guna number marlina . last2 nisya bagitau yang dia da gerak ke BJ . weii kau piki sikit perasaan kitorang . aku tau laa bila da jalan dengan acap tu , kitorang langsung kau da ta pedulikan kan ? kau tau ta aku risau kan kau . mak kau risaukan kau . semua kena balik cepat tapi disbabkan kitorang pikir pasal kau , kitorang tunggu kau dulu . tapi kau ade pikir sal kitorang ? kau balik jee ikut suka hati kau . kalau aku tak call , nampaknya kitorang tengah tunggu lagi la kan . entah berapa lama la lagi .
then kitorang gerak nak balik . nasib baik nabila ade temankan aku naik bas . tapi sampai kt SP je laa . aku naik bas sorang2 sampai ke pasar , aku jalan kaki semua sorang2 . kau ade pikir semua tu ?
ok aku tau kitorang salah sebab tak angkat kol kau . kitorang touching gila ngan kau . kau langsung tak pikir perasaan kitorang yang tunggu kau lama nak mati . aku tak makan pun sebab kau tau tak . takde seleraa da . penat sangat menunggu .
anyway , aku taknak gaduh dengan kau . and aku minta maaf atas apa yang jadi semalam . aku tak salahkan kau seratus peratus . tapi aku hope kau pertimbangkan laa apa yang kau da buat tu . pikir2 kan balik laa k . jangan pentingkan diri sendiri . jangan abaikan kawan kau . kitorang risau kan kau paham tak !
k la weh aku malas nak mara2 lagi . penat aku tak hilang lagi . kbaii .





No comments:
Post a Comment